Monday, April 5, 2010

Definisi dan Konsep Rekreasi

Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisnten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang. Namun, rekreasi sebenarnya adalah sub-set kepada leisure. Leisure adalah konsep utama yang memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang yang lain termasuk sukan.

Leisure

Leisure berasal daripada kata Latin, licere yang bermaksud ‘bebas’. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa Peranchis, loisir bermaksud ‘diizinkan’ Pendekatan klasik menjelaskan makna leisure ialah bebas daripada kontek masa, bebas memilih aktiviti dan tiada unsur paksaan.

Tiga konsep utama bagaimana pengkaji-pengkaji menterjemahkan makna leisure ialah leisure sebagai ‘masa lapang’ ; ‘satu aktiviti’ ; atau ‘keadaan dalam fikiran’. Mengikut Torkildsen (1994) , leisure itu tidak terikat dengan masa dan tidak semestinya bertentangan dengan kerja. Ia menegaskan jika sesuatu perkerjaan itu menyeronokkan (seperti bermain bola, bermain muzik, ataupun ‘mencuri’),maka ianya leisure. Dari satu perspektif, keadaan ini boleh membawa mudarat jika seseorang itu terlalu asyik, khayal, terlampau seronok atau terlalu lama melayan kehendak fikirannya.

Antara aktiviti leisure yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Murphy (1974) dan Neulinger (1974) sependapat mengatakan leisure itu sebagai kebebasan memilih dan bersifat motivasi diri. Dumazedier (1967) dan Kraus (1998) pula mengatakan bahawa leisure itu sebagai suatu aktivti, samada aktif mahupun pasif.Di Malaysia, konsep ini dirujuk sebagai ‘aktiviti masa lapang’. Kajian sejarah Malaysia turut menjelaskan masyarakat Negara ini memahami leisure sebagai aktiviti masa lapang. Sekarang, kita perhatikan penduduk Negara ini banyak menghabiskan masa lapang dengan melancong, balik kampong, shopping, bersiar-siar, menonton, ‘lepak’ di kedai mamak, memancing, main bola petang-petang, jogging dan beraktiviti di pusat kecergasan. Tidak terkecuali ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti negative (dari pandangan masyarakat) seperti lumba motor haram,bermain mesin kuda,menonton filem lucah dan berpeleseran /lepak terlalu lama di shooping malls

Apakah bezanya leisure berbanding rekreasi? Ternyata leisure merupakan konsep ‘payung ‘ yang merangkumi rekreasi, pelancongan, kebudayaan, dan sukan. Apakah asal usul kata rekreasi dan dimanakah kedudukan rekreasi dari perspektif aktiviti masa lapang?

Rekreasi

Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Menurut Kelly (1982):

Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.

Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.

Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Glove Hitch, Dopped Over A Post

clove hitch

figure of eight knot

overhand loop

overhand knot

seperti yg anda saksikan, last topic kami belajar ialah ikatan dan simpulan....kami dberi arahan untuk membawa tali pada minggu terakhir ini...(sampai skang still agi xingat nk ikat macamane....hehehehe) (^_^Y)

Minggu 6

Presentation proposal
2 Mac 2010

ya tuan-tuan dan puan-puan....kali ini kene present pasal proposal untuk perkemahan....grup kami uat proposal untuk perkhemahan ke Gunung Senyum....best woo...huhuhu

Minggu 5

Presentation topik kepimpinan



pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut takrifan seseorang. Walaubagaimanapun, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu:
"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat".
Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.
Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan sebagainya.
Definisi Kepimpinan
Di antara definisi-definisi yang diberi untuk istilah kepimpinan ialah:
"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).
"Pengaruh interpersonal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas" (Tannenbaum & Massarik).
"Satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama". (Koontz & O'Donnell).
"Proses kepimpinan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin, pengikut dan pembolehubah situasi." (Hersey & Blanchard).

Ciri-ciri Pemimpin
1.standard etika
2.moral yang tinggi,
3.sudi berkongsi risiko bersama,
4.mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri,
5.menggunakan kuasa untuk menggerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai misi/visi, bukan untuk keuntungan diri
6.boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada pengikutnya,
7.mempunyai minat yang mendalam,
8.optimistik dan komited,
9.boleh merangsangkan pengikut menjadi kreatif dan inovatif


Fungsi-fungsi kepimpinan

Kepimpinan adalah tanggungjawab. Menjadi pemimpin bererti memikul tanggungjawab yang memerlukan pelbagai kemahiran. Salah memimpin bermakna salah membuat keputusan, tidak menghiraukan pembangunan sumber dan meninggalkan legasi dalam keadaaan kucar-kacir.

Perbezaan peranan pemimpin boleh diperhatikan di sepanjang sejarah kehadiran manusia di dunia berbilion tahun yang lalu. Bermula dengan Nabi Adam A.S, umat manusia sentiasa hidup dengan memimpin dan dipimpin. Dalam proses kepimpinan ini, banyak perkara yang berlaku, menyentuh pelbagai watak, keputusan dan penilaian. Kehadiran pemimpin silih-berganti dalam berbagai-bagai bidang. Antaranya ialah birokratik, autokratik dan demokratik. Justeru, negara-negara yang wujud di dunia pada hari ini turut mewarisi jenis-jenis kepimpinan monarki, demokrasi berparlimen, demokrasi berpresiden, sosialis, komunis dan totalitarian.

Negara yang masih mengamalkan sistem kerajaan monarki semakin berkurangan kerana masyarakat dunia bertambah faham terhadap konsep monarki dalam kepimpinan moden. Namun begitu, institusi beraja masih kuat berpengaruh kerana kuasa utama terletak kepada raja atau sultan manakala ahli kerabat diraja biasanya memonopoli kuasa eksekutif. Ketua negara adalah warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan. Antara negara yang masih utuh menggunakan pemerintahan monarki ialah Arab Saudi dan Brunei.

Demokrasi berparlimen adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan doktrin pengasingan kuasa dan menggunakan slogan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat." Negara yang mengamalkan sistem ini mewakili sebuah parlimen yang mana wakilnya dipilih melalui pilihan raya. Ia juga mempunyai raja sebagai ketua negara yang menjadi simbolik. Antara negara yang mengguna pakai sistem pentadbiran jenis ini ialah Britain, Malaysia, Thailand, Nepal, Jepun, Sweden dan Norway.

Berbeza dengan demokrasi berparlimen, negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpresiden melantik seorang rakyat biasa sebagai presiden melalui pilihan raya atau proses pemilihan tertentu. Ada negara yang memperuntukkan kuasa penuh kepada presiden seperti Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat, sebaliknya ada negara yang menjadikan presiden sebagai kuasa simbolik dengan kuasa sebenar berada di tangan perdana menteri seperti Singapura dan India.

Pentadbiran jenis sosialis memihak kepada golongan miskin dan rakyat kelas bawahan. Di sini, kekayaan adalah milik kerajaan dan negara, bukannya individu. Dalam sistem sosialis, ia menyekat perkembangan pasaran bebas dan tidak banyak mengiktiraf keupayaan seseorang untuk melangkah jauh dalam usahanya. Kerajaan sosialis sering dikaitkan dengan revolusi seperti yang berlaku di Myanmar, Laos, Libya dan Algeria.

Kerajaan komunis yang masih wujud ketika ini ialah Korea Utara yang melaungkan slogan "sama rata, sama rasa." Negara lain ialah Cuba yang memiliknegarakan ekonomi. Bagaimanapun Cuba lebih terbuka dalam menjalin hubungan dengan negara luar berbanding Korea Utara. Pengaruh komunis telah terbatas dan akan dikenang sebagai masa yang sukar kerana memisahkan Jerman Timur dan Barat, Vietnam Utara dan Selatan serta Korea Utara dan Selatan.

Pentadbiran totalitarian sudah tidak wujud pada hari ini dalam erti kata sebenar kerana tokoh-tokoh seperti Adolf Hitler, Mossolini dan Stalin gagal menyebarkan ideologi mereka ke seluruh dunia. Konsep pemimpin ini ialah menghalalkan kekerasan bagi mempastikan ideologi berkenaan diluaskan. Dengan erti kata lain matlamat menghalalkan cara.

Minggu 4

Pada minggu ni, En. Muiz buat kelas teori. Seperti biasa, kelas diadakan bertempat di Pusat Akuatik UiTM Shah Alam. Pada minggu ni, En. Muiz mengajar kami berkaitan peta iaitu cara membaca serta cara penggunaan kompas dgn betul. Yela nak guna kompas bukan bloeh men letak atas meja jer, pastu korang trus follow arah, memang konfem sesat la jwbnye. Mula2 En. Muiz menerangkan ciri2 kompas yg telah rosak. First skali tgk kt kompas tu, kalau ada buih air maknenye kompas tu dh xblh dgunakn lagi. Buat hiasan jela. Cara mnggunakan kompas mudah saje, mula2 adalah dgn mletakknnya di atas tapak tangan KANAN bkn kiri. kemudian lihat bearing yg trdapat pd kompas trsebut. Setelah berpuas hati, maka perjalanan boleh dimulakan. Perkara yg perlu dielakkan semasa mnggunakn kompas adlah kompas trsbut perlu diletakkn berjauhan drpd besi atau magnet kerana ianya boleh mnggaggu prjalanan putaran jarom kompas trsebut. Elakkan juga kompas trsebut drpd jtuh ke lantai. Ini boleh mnyebabkan kompas trsebut hilang arah tujuan ataupn bengong ketika digunakn. Senang cerita, pndai guna pandai2 jaga. Berikut sedikit maklumat brkaitan peta.

Membaca peta.

Mmbace peta ialah mntafsir ap yg trgambr d ats peta kpd mklumat sbenar yg dwakilinya. Setiap lembar peta trbahagi kpd 2 kategori catatan. Prtama ialah catatan bagaimana peta hendak dbace. Catatan ini dgelar mklmat bingkai. Kedua ialah gambaran tentang muka bumi yg dwakili oleh peta itu sndiri. Kedua2 catatan uini dpisahkan oleh garisan yg mmbentuk sebuah bingkai 4 persegi. Catatan d luar bingkai dnamakn 'maklumat bingkai' dan trcatat di luar bingkai atas dan bawah tetapi tidak di kiri dan kanan. bahagian dalm bingkai merupan gmbaran muka bumi yg dwakili peta. Hmm..2jela. Nk detail korang cari sndiri la ye. Korang search ky intrnet kmfem jmpe,k..gud luck..



Minggu 3

KELAS KAYAK Pada 2 Feb 2010
Kelas kayak ni merangkumi dari segi teori dan amali. Kelas bermula sekitar jam 5.15 petang. Macam biasela sblm turun ke tasik kena la warm up dulu kan.then kami telah diajar pula cara2 untuk menyelamatkan kayak yang terbalik....yang xbestnye tros test tuh! hadoiyai..





Minggu 2

PERTOLONGAN CEMAS

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar – menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

    Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

    Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

    Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

  5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut – jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR – External Air Resuscitation [B]
  9. Pastikan nadi mangsa berfungsi – semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

    Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

    Luka/Pendarahan

    1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
    2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
    3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
    4. Tenangkan mangsa.
    5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

    Keracunan

    Tanda-tanda:

  10. maklumat dari mangsa
  11. mangsa sakit dengan tiba-tiba
  12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
  13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

    Rawatan:
    1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
    2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
    3. Segera hubungi hospital
    4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

    Terkejut

    Tanda-tanda:

  14. badan berpeluh
  15. pucat
  16. rasa nak pengsan
  17. resah
  18. nafas kerap tapi tipis
  19. kadar nadi bertambah tapi lemah

    Rawatan

  20. Baringkan mangsa
  21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
  22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi ‘recovery’
  23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
  24. Selimutkan jika suhu badan menurun
  25. Segera hantar ke hospital

    Terbakar

    Klasifikasi terbakar
    1. First Degree – dipermukaan kulit sahaja
    a. Kemerah-merahan atau hilang warna
    b. bengkak sedikit dan rasa sakit
    c. cepat sembuh

    2. Second Degree – melibatkan hujung-hujung saraf
    a. merah
    b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
    c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
    d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

    3. Third Degree
    a. kerosakan tisu lebih dalam
    b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
    c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

    Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

    Rawatan

  26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
  27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
  28. baringkan mangsa
  29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
  30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
  31. hantar segera ke hospital

    Melecur

    Rawatan

  32. sejukkan dengan air sejuk
  33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
  34. rawat seperti mangsa terbakar

    Kejutan Elektrik

  35. putuskan hubungan elektrik
  36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
  37. rawat bagi terbakar jika ada

    Terseliuh [dislocation]
    Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

    Rawatan: RICE

  38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  40. Balut tempat yang cedera [Compression]
  41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  42. Hantar ke hospital
    Ketegangan Otot
    Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat – sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

    Rawatan: RICE

    Terkehel
    Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

    Rawatan:
    1. Berikan rawatan renjatan.
    2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
    3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
    4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
    5. Hantar segera ke hospital.




Gambar diatas merupakan contoh peralatan rawatan kecemasan bagi anggota badan yang patah seperti tangan. Nama alatan tersebut adalah kain anduh. Boleh didapati di semua farmasi2. Bajet dalam rm 4.50. Nak jimat pakai 'key' atau kain biasa pun boleh. Ikut kretiviti masing2..


Okeh, yang ni pulak cara2 memakai anduh yang telah didemotrasikan oleh model2 sambilan dari fakulti kejuruteraan mekanikal. Tapi yang ni demo jela, mana ada orang dah 'injured' patah tangan boleh posing2 ambik gambar cam si Anor ni kan. Yang kaler putih 2 anduh dan yang kaler unggu 2 'key'. Macam dah 'explain' tadi, ikut kretiviti masing2..Jangan korang pakai sarung nangka dah la ye..

Sekarang ni mari kita belajar cara2 membalut telapak tangan yang cedera ataupun patah.


Okey..Mula2 letak anduh di permukaan yang rata dan letak tapak tangan.

Eh, terus dah siap..hehe~Lebih kurang macam ni la. Harap2 korang dapat paham. Sory banyak2 sebab x dapat nak explain disebabkan kekangan gambar.



Yang bawah ni pula, cara mengangkat orang yang 'injured' menggunakan perlatan seperti kayu dan kain pelekat. Ini untuk waktu2 kecemasan la. conto macam tengah 'camping' ke, 'jungle tracking' ke. Nak angkat memang x dapat la kan. Kali ni kami menggunakan peragawati2 dari fakulti FSPU(ringkas jelan panjang sangat) untuk membuat demostrasi.


Mula2, letakkan mangsa dalam posisi berbaring.


Kemudian angkat dengan kelajuan seragam antara ke-empat2 tukang angkat. 'Simple' jer. Tapi jangan angkat tinggi2 sangat dah macam orang usung jenazah pulak.


Setelah selesai operasi mengangkat, apa di tunggu lagi, mulakan lah operasi mengusung ke destinasi yang sepatutnya. Yang ni aku x sure kenapa depa undur ke belakang. 'Maybe' salah masuk gear kot..hehe~Ingat, jalan mesti ke depan bukan ke belakang..